CUTI PRODUKTIF 2008

TEAM BUILDING


PENGUMUMAN PROGRAM CUTI SEKOLAH DISEMBER 2009

Cuti Produktif 2009
anjuran Thursina Training Centre
Assalamualaikum
Anak ibarat permata kehidupan kita. Mereka lah yang akan mewarisi generasi kita pada masa akan datang. oleh itu, bagi memantapkan lagi sifat kepimpinan dan displin dalam diri anak-anak, Thursina Training Centre akan menganjurkan Cuti Produktif 2009.
Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak menyertai program kami,

Berikut adalah maklumat program :
Tarikh : 05 Disember – 6 Disember 2009 (2 Hari 1 Malam)
Tempat : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
52109, Kepong, Selangor Darul Ehsan.
Yuran : RM80.00 Seorang.

Cuti Produktif ini berkonsepkan perkhemahan dan cintai alam sekitar.

Program ini terbuka kepada anak-anak yang berumur 7 hingga 17 tahun.

Antara Objektif nya ialah :
1) Melahirkan pelajar-pelajar yang cergas dan cerdas, seimbang fizikal, mental dan emosi.

2) Memupuk jati diri dan kepemimpinan dalam diri para pelajar.

3) Mencungkil dan mengasah bakat pelajar melalui persembahan.

4) Para pelajar akan dilatih untuk menguruskan masa dan berdisplin.

TENTATIF PROGRAM

SABTU (05.12.2009)


9.00 pagi – 10.00 pagi : Pendaftaran Peserta di FRIM, Kepong

10.00 pagi – 11.30 : Pagi Taklimat, Perlantikan Penghulu & Penghuluwati

11.30 Pagi - 12.30 Tengahari : Pasang khemah

12.30 tengahari – 2.00 petang : Makan tengahari/ Solat Zuhur

2.00 petang – 3.30 petang : Jalinan Mesra dan Ucapan Perasmian

3.30 petang – 4.30 petang : Aktiviti 1 LDK

4.30 petang – 5.00 petang : Solat Asar dan Minum petang

5.00 petang – 6.30 petang : Aktiviti 2 Sukaneka

6.30 petang – 7.30 malam : Makan malam & Persiapan diri

7.30 malam – 8.45 malam : Solat maghrib, Tazkirah & Solat Isyak

8.45 malam – 9.45 malam : Aktiviti 3 Malam Apresiasi Seni

9.45 malam – 10.15 malam : Supper

10.30 malam : Persiapan diri/ Tidur

AHAD (06.12.2009)

5.30 pagi – 7.00 pagi : Persiapan Diri / Solat Subuh

7.00 pagi – 8.00 pagi : Aktiviti 4 Senamrobik

8.30 pagi – 12.00 tengahari : Aktiviti 5 Canopy Walkway/ Nature trail

12.00 tengahari – 2.00 petang : Makan tengahari/ persiapan diri/ Buka khemah

2.00 petang – 2.30 petang : Solat Zuhur

2.30 petang – 3.30 petang : Majlis penutup dan penyampaian hadiah

3.30 petang : Bersurai


Tarikh tutup penyertaan 01 Disember 2009.

Anda masih belum terlambat untuk membuat keputusan.

Daftar lah sekarang…


Untuk keterangan lanjut mengenai perjalanan program dan prosuder mendaftar , sila hubungi


017-3638959 - Nor Ema Binti Md Taib
017-3523085 – Azney Zuhaily Binti Md Taib
017-2571512 – Fadli Bin Che Yem


atau email kan kepada ,

ema_thursina@yahoo.com, atau
fadli_thursina@yahoo.com

FASA PERTAMA

Suruhanjaya Syarikat Malaysia memperakui pendaftaran THURSINA TRAINING CENTRE di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
THURSINA TRAINING CENTRE akan menganjurkan Program Motivasi di bawah Modul Perlaksanaan berkonsepkan PPH iaitu :
1.PROGRAM MOTIVASI
2.PROGRAM BINA INSAN
3.HIKMAH AN-NUR

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More