YANG PERTAMA ..

SYABAS & TAHNIAH..!!!
KEPADA SEMUA PESERTA CUTI PRODUKTIF 2009


Program ini telah berjalan selama 2 hari 1 malam di Kem Perah, FRIM Kepong. Seramai 37 orang pelajar daripada Pusat Tuisyen Taman Bimbingan Siswa, Serdang, telah menyertai Cuti Produktif 2009. walaupun ada yang keletihan, akan tetapi ianya amat cukup bermakna bagi setiap peserta Cuti Produktif 2009.
Antara aktiviti menarik ialah, LDK, Malam Kebudayaan, Sukaneka, Canopy Walkway dan lain-lain. Semangat berpasukan dan setiakawan yang di sematkan dalam diri setiap peserta telah di tonjolkan oleh mereka dalam aktiviti yang telah di jalankan sepanjang program.

Sekali lagi pihak Thursina Training Centre mengucapkan syabas & tahniah kepada semua peserta cuti produktif 2009.

" SEMUA ADALAH YANG PERTAMA "

KREATIF ...






Hiasan dewan yang simple tetapi sangat menarik.
Hasil tangan Cik Hayatun dan team AJK persiapan tempat.

LDK

LDK

Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Adalah persediaan kepada para peserta bagi malam kebudayaan. Para peserta di kehendaki mempersembahkan suatu persembahan yang bertemakan perpaduan. Sifat keberanian telah di buktikan oleh para peserta pada malam kebudayaan.

SUKANEKA

AKTIVITI SUKANEKA

SUKANEKA
Terdapat 4 rumah sukan iaitu, Rumah Biru (Dutch Lady), Rumah Kuning (Digi), Rumah Hijau (Petronas), dan Rumah Merah (Air Asia) bertanding dalam aktiviti sukaneka. Dalam aktiviti sukaneka ini, terdapat 7 checkpoint di mana kesemua rumah pasukan di kehendaki menyelesaikan semua checkpoint. Rumah Dutch Lady adalah johan bagi sukaneka.
TAHNIAH KEPADA DUTCH LADY..!!

CANOPY WALKWAY

CANOPY WALKWAY



Perjalanan Canopy Walkway mengambil masa selama 3 jam.. Aktiviti ini adalah antara aktiviti yang lasak. Walaupun nampak keletihan tetapi para peserta sungguh ceria tatkala melihat keindahan Flora dan Fauna.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More