PROFIL PENCERAMAH JEMPUTAN


PROFIL PROFESIONAL

LATAR BELAKANG HELMI SUHAIMI

Helmi Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Helmi Md Suhaimi merupakan seorang Perunding Profesional Talent Development Consulting khusus untuk motivasi pembangunan diri dan motivasi. Pemfokusan beliau adalah kepada individu (kanak-kanak, remaja, belia, korporat), kumpulan dan juga organisasi seluruh Malaysia sejak tahun 2001 sehingga kini.

Berpengalaman luas memberikan ceramah dan latihan kepada pelbagai kelompok masyarakat berbilang kaum dan peringkat umur terdiri daripada pelbagai agensi dan kementerian.

Berikut adalah pencapaian beliau:
•Salah seorang Perunding Motivasi serta Project Manager untuk Talent Development Consulting yang mana terlibat secara tidak langsung pembangunan bakat untuk seluruh rakyat Malaysia.
•Pengendali School of Talent Learning Center

•Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi pengkhususan dalam Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysi a (UIAM). Kemudian menyambung Sarjana (Master) di universiti yang sama.

•Mempunyai pengalaman luas dalam menjadi Master of Ceremony (MC) untuk majlis-majlis
•Penerima Anugerah Pelajar Mithali Negeri Johor tahun 2000

•Pengarah Urusan syarikat Unite Event Management
•Personaliti Radio SALAM FM (Slot Motivasi Pagi) tahun 2010
•Tetamu undangan rancangan MOTIVASI PAGI TV3 2010

•Tetamu undangan rancangan FITRAH KASIH TV1 14 Januari 2010

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More