Seminar Keibubapaan Muslim




PERNAHKAH ANDA MENGALAMI SITUASI-SITUASI DI BAWAH INI DARI ANAK ANDA ?


>Mengeluarkan kata-kata kesat meniru program TV, atau rakan tempat jagaan atau dari sumber yang anda sendiri tidak pasti


>Terlalu kerap tidak mendengar kata-kata
>Tidak menunjukkan rasa hormat terhadap anda atau orang lain

>Mengulang-ulang kesalahan yg sama walaupun kerap kali di tegur, nasihat dan marah
>Anak yang tua bermain dengan kasar dengan adiknya
>Seorang yang sangat penakut
>Marah lalu menumbuk atau menendang anda
>Terpengaruh dengan bibik

APA RESPON ANDA ??
· Marah?
· Rotan?
· Diam serta bersabar tanpa sebarang tindakan?
· Memaki dengan menggunakan kata-kata kesat?
· Tumbuk atau tendang balas?
· Ikat di pokok?
· Kurung dalam bilik dan kunci?
· Nasihat dengan cara yang baik?

Persoalan yang harus anda tanyakan semula kepada diri anda adalah:
>Betulkah tindakan anda?
>Adakah tindakan anda berkesan atau lebih memburukkan keadaan?
>Adakah usaha anda membuahkan hasil jangka panjang atau hanya bersifat sementara?
>Adakah tindakan anda mengikut kaedah yang Allah dan Rasul ajarkan?


AWAS!!! Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan ambil mudah dengan tindakan-tindakan yang diambil kerana didikan anda semasa anak anda masih kecil mungkin memberi kesan kepada akhlak anak anda semasa remaja dan seterusnya dewasa kelak.

TAHUKAH ANDA?
“Menurut Perangkaan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000 hingga 2008 yang menunjukkan lebih daripada 257,000 sijil kelahiran bayi didaftarkan tanpa catatan nama bapa (anak luar nikah). Secara purata didapati sebanyak 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes kelahiran berlaku pada setiap 17 minit 17 saat dan statistik bagai tempoh 4 tahun (1999 hingga 2003) juga menunjukkan 44% kelahiran anak luar nikah BERKETURUNAN MELAYU BERAGAMA ISLAM” (Berita Harian, 27 November 2009)

Statistik ini adalah salah satu kes daripada banyak lagi kes-kes gejala sosial yang sedang melarat memamah anak-anak muda kita masa kini. Antara contoh-contoh kes-kes lain yang menjadi igauan ibubapa generasi millenium serta harus menjadi renungan menginsafkan kita bersama adalah seperti berikut:

· anak peringkat usia sekolah menengah berzina di rumah sendiri ketika ibubapa bekerja

· anak seawal usia darjah dua didapati membawa rokok dan vcd lucah dalam beg sekolah

· anak muda mati seawal usia 20an kesan dari penyalahgunaan dadah

· anak muda mati dalam keadaan mengerikan kerana terlibat dalam kemalangan dalam perlumbaan haram

· anak-anak muda terpengaruh dengan budaya gay dan lesbian semakin menjadi-jadi dan terang-terangan


SELAMATKAH ANAK-ANAK KITA DARI TERJEBAK DENGAN KEGAWATAN TINGKAHLAKU SEPERTI INI?

Pelbagai tindakan telah dilaksanakan, pelbagai lagi idea-idea penyelesaian telah muncul. Namun pencemaran budaya ini semakin marak seakan tidak akan kunjung padam. Pelbagai pihak saling tunding-menunding. Salah siapa sebenarnya terjadinya kehancuran akhlak di kalangan anak-anak muda ini?

Bagi kami di Thursina Training centre (TTC) meyakini bahawa setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Setiap tindakan baik yang telah dilaksanakan mahupun yang dalam perancangan pasti ada kelebihan dan kekurangan, namun saling melengkapi antara satu sama lain. TTC menyimpulkan bahawa walau apa tindakan yang dibuat dapat dirumuskan jalan penyelesaiannya yang utama adalah dengan pendidikan, pendidikan yang sistematik di atas nama sebuah institusi.

KETAHUILAH!! bahawa Institusi pendidikan yang paling utama dan pertama bagi manusia adalah Institusi keluarga. Ini sesuai dengan hujah-hujah berikut :

“Setiap anak dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih), ibubapanya yang mencorakkan sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (riwayat Bukhari dan Muslim)


"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".(Hadis Nabi)

Dari dua hadis berikut dapat disimpulkan bahawa ANAK ADALAH AMANAH ALLAH KEPADA KITA. Bermakna kita sebagai ibubapa perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak-anak kita, bukan bibik, bukan guru-guru di sekolah ataupun orang lain.

” Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa ilmu, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan” (Al Isra’: 36)

”Didiklah anak-anak kamu dengan kaedah pendidikan yang berbeza dengan kaedah pendidikan yang kamu terima (dari ibubapa kamu), kerana sesungguhnya mereka diciptakan untuk (hidup pada) suatu zaman yang berbeza dengan kamu” Saidina Umar

Oleh itu, Mari bersama sertai kami menjayakan majlis ilmu Seminar Keibubapaan Muslim bertemakan ” Membentuk Keluarga Sakinah Mawaddah wa Rohmah” bertempat di Dewan Kuliah 1, Masjid Uniten tanggal 22 Zulhijjah 1431 bersamaan 28 November 2010. InsyaAllah.

Agenda program
8.30 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : Iftitah/Pembukaan

9.30 pagi : Slot 1 - “Zuriat Kita di Ambang kebinasaan; Pandangan dan penyelesaiannya mengikut Al-Quran dan Sunnah"

11.00 pagi : Minum Pagi
11.15 pagi : Slot 2 - “Kaedah mendidik anak yang praktikal dan berkesan menurut perspektif Islam”

12.45 pagi : Iftitam/Penutup, Penyampaian Sijil Penyertaan

1.15 tghari : Solat Zohor

1.30 tghari : Makan Tengahari

2.00 ptg : Bersurai

Penceramah slot 1 : Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, UPNM)


Penceramah slot 2 : Dr Mek Wok Mahmud (Pensyarah UIA, Best parenting lecturer 2006)


YURAN
RM50 seorang peserta
RM80 peserta suami isteri

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi atau sms di 0132357709 atau 0122122049.
Atau emelkan kepada thursinatc@yahoo.com

Cara-cara bayaran :

1. Bank in yuran penyertaan atas nama

Pusat Tuisyen TBS Riang Ria,
Bank CIMB, Nombor akaun 12590000707055

ATAU

2. Bayar secara online banking atas akaun yang sama

Setelah bayaran dibuat, sila sms nama penuh peserta, no telefon untuk dihubungi, tarikh, masa serta jumlah pembayaran di nombor 0132357709 atau 0122122049 atau emel kepada thursinatc@yahoo.com

Bagaimana program ini boleh membantu anda menjadi ibubapa yang lebih baik buat anak-anak anda?

>Mengenalpasti ancaman-ancaman pengaruh negatif millenium dan kaedah menanganinya menurut pandangan Islam
>Memaklumi sumber dan punca kenapa anak-anak melayu masa kini mudah dipengaruhi unsur-unsur negatif
>Mengetahui kaedah tarbiah anak yang holistik, efektif, mudah dan praktikal
>Memahami teknik mendidik anak mengikut peringkat usia bemula seawal saat mengandungkan anak sehingga dewasa
>Memahami tip-tip mendekati dan mendidik yang pelbagai berdasarkan personiliti anak

Siapa yang perlu hadiri seminar ini?

>Ibubapa muda yang sangat prihatin terhadap masa depan diri, anak serta keluarga
>Ahli-ahli akademik
>Pelajar-pelajar
>Bakal-bakal suami isteri atau ibubapa
>Semua muslimin dan muslimat yang berminat

Untuk Renungan kita bersama

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Kami di TTC ingin mengajak saudara-saudara bersama-sama menjadi sebahagian dari ibu-bapa atau masyarakat yang prihatin dan ingin bersama-sama melakukan usaha koreksi terhadap kemelut semasa yang berlaku kepada generasi muda kita

Kebersamaan tuan-tuan dan puan-puan menjayakan seminar ini merupakan suatu pelaburan terhadap pembangunan diri dan keluarga demi masa depan. Pelaburan yang ramai dari kita tidak perasaan dan endahkan. Mari kita bersama-sama bergandingan mencetak generasi soleh dan solehah yang kelak akan menjamin keselamatan kita baik di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

Semoga usaha kita bersama ini, mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah. Amin...

Ayuh Rebut Peluang ini!!
· Jangan tunggu sehingga penyumbang statistik keruntuhan moral adalah anak anda sendiri.
· Elakkan sehingga sudah terhantuk baru nak terngadah, sampai saat terkena pada diri kita baru kita sedar dan mahu mengambil tindakan.
· Mencegah lebih baik dari mengubati.
· Usah bertangguh lagi.
· Hubungi kami sekarang.
· Daftar sekarang kerana Tempat adalah terhad.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi atau sms di 0132357709 atau 012-2122049.
Atau emelkan kepada thursinatc@yahoo.com


* Bagi tujuan kelancaran, pihak kami memohon kerjasama dari semua peserta program untuk tidak membawa bersama anak-anak ketika menghadiri seminar ini. Sebarang kesulitan yang dihadapi, kami memohon maaf dan kami doakan supaya Allah permudahkan segalanya

Tolong sebar dan kongsikan iklan ini kepada rakan-rakan anda kerana Allah, semoga usaha kita dalam melaksanakan kebaikan sentiasa mendapat keredhaanNya..InsyaAllah

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More