CUTI PRODUKTIF 2010




PROGRAM KELUARGA ANGKAT @ HOMESTAY SG NIBONG, SEKINCHAN SABAK BERNAM

Tarikh : 4, 5 & 6 Disember 2010

Cuti Produktif pada kali ini berkonsepkan program anak angkat, berlainan dengan tahun sebelum ini. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk para pelajar dalam mempelajari hidup kemasyarakatan dan kegiatan ekonomi sesebuah kampung serta menanam sifat keberanian dan berdikari dalam diri pelajar. Seramai 70 orang peserta terdiri daripada pelajar tahun 1 - tingkatan 4 sekitar sekolah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu & Pahang. Kenapa TTC memilih kampung Sg. Nibong kerana kegiatan utama kampung ini ialah padi. Di sini para pelajar dapat mempelajari kaedah penanaman padi, menuai serta memproses padi di samping dapat melihat sawah padi yang sedang menguning kemasan. Pengisian kerohanian untuk para pelajar juga amat di tekankan dan di terapkan dalam diri peserta mengenai kebesaran Allah S.W.T


Antara aktiviti menarik ialah, Para peserta di bawa ke Lawatan ayam air-cond, Lawatan Penternakan cacing (Baja Kompas Organik), Lawatan Penternakan Burung Puyuh, Lawatan memproses jerami padi, Penternakan Lembu, Lawatan kilang karpet jerami, Kilang membuat bahulu dan melawat sawah padi yang terbentang luas. Aktiviti riadah pula membuat dan bermain layang-layang bersama keluarga angkat dan barisan fasilitator. Selain ini, para peserta di dendangkan dengan persembahan Gamelan dan nasyid pada malam kebudayaan.Tidak ketinggalan juga persembahan dari pelajar TBS iaitu persembahan angklung. mereka membawa lagu "di mana kan ku cari ganti " dan " Tanya Sama Pokok " .

Majoriti penduduk kampung Sg Nibong adalah terdiri daripada masyarakat jawa. Oleh itu, para pelajar berpeluang merasai masakan dan adat masyarakat jawa dengan nasi ambang dan majlis cukur jambul dan marhaban.

Para peserta juga berpeluang bermesra bersama keluarga angkat masing-masing. Ternyata semua peserta berasa seronok.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More