SMART IBADAH 2010

Program ini disusun bagi memantapkan lagi asas-asas kerohanian yang lebih kepada penghayatan hati dan pembentukan sahsiah diri, di mana ianya dapat melahirkan keinsafan dan kesedaran, penyubur kasih sayang, hormat kepada ibu bapa, guru dan orang lain, serta taat. Para peserta akan didedahkan dengan konsep perhambaan kepada Yang Maha Esa.

OBJEKTIF

1. Melahirkan insan yang beriman, berilmu dan bertaqwa.
2. Melatih peserta mendisiplinkan diri.
3. Menyedarkan para peserta konsep manusia sebagai hamba.



" MEMBENTUK ANAK SOLEH MELALUI TARBIAH RAMADHAN"


Berikut adalah perjalan program Smart Ibadah 2010 :-

Tempat : Masjid As-Salihin, Teras Jernang.
Tarikh : 31 Julai 2010 & 1 Ogos 2010
Sasaran Peserta : Pelajar tahun 4 hingga Menengah.
Yuran Penyertaan : RM70.00

Tentatif Program

Hari Pertama : Sabtu, 31 Julai 2010


7.30 Pagi : Bertolak ke Masjid As-Salihin, Teras Jernang
8.00 Pagi-9.00 Pagi : Pendaftaran/ Taklimat
9.00 Pagi-9.30Pagi : Minum Pagi
9.30 Pagi -11.00 Pagi : Solat Dhuha - Ceramah - " Wasiat Lukman Al-Hakim"
11.00 Pagi - 12.30 Tgh Hari : LDK 1
12.30 Tgh Hari - 1.00 Ptg : Makan Tengah Hari
1.00 Ptg - 2.00 Ptg : Solat Zohor - ( Solat Sunat Qobliah/Ba' diah/Tadarus/Tazkirah)
2.00 Ptg - 4.00 Ptg : Aktiviti Kemasyarakatan Rumah Anak Yatim Nur Izzah
4.00 Ptg - 5.00 Ptg : Solat Asar - ( Solat Sunat Qobliah/Tadarus/Tazkirah)
5.00 Ptg - 6.00 Ptg : Rasional Aktiviti Kemasyarakatan
6.00 Ptg - 7.00 Ptg : Persiapan Diri/ Makan Malam
7.00 Ptg - 7.30 Ptg : Solat Maghrib/ Tadarus Al-Quran/Solat Sunat
7.30 Ptg - 9.00 Mlm : Kuliah Maghrib/Solat Isyak
9.00 Mlm- 10.30 Mlm : LDK 2
10.30 Mlm - 11.00 Mlm : Minum Malam
11.00 Mlm : Tidur (Ambil Wuduk)

Hari Kedua : Ahad, 1 Ogos 2010

4.15 Pagi - 5.00 Pagi : Bangun/Persiapan Diri
5.00 Pagi-5.45 Pagi : Qiamulail - (Solat Thajud, Solat Taubat, Zikir Munajat, Bacaan Al-Quran)
5.45 Pagi - 7.00 Pagi : Solat Subuh/Kulian Subuh
7.00 Pagi - 7.30 Pagi : Sarapan
7.30 Pagi - 9.00 Pagi : Senamrobik/Gotong-royong kawasan masjid
9.00 Pagi -11.00 Pgi : Rehlah Ilmiah ke UniKL MFI
11.00 Pagi - 11.30 Pagi : Minum Pagi
11.30 Pagi - 12.30 Tgh Hari : Majlis Penutup - Tausiyah dan Iftitam
12.30 Tengah Hari : Bersurai


Hubungi En Azli 017-2571512 untuk keterangan lanjut.

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2010

Setiap manusia merupakan pemimpin samada pemimpin negara, keluarga atau diri sendiri. Seorang pemimpin memerlukan keyakinan diri untuk lebih berdedikasi dan berketarmpilan. Mereka sememangnya memerlukan bimbingan dan panduan daripada pihak guru untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka agar terus berjaya. Oleh itu THURSINA TRAINING CENTRE menganjurkan Kursus kepimpinan bertujuan untuk membentuk keperibadian yang tinggi pelajar, membina keyakinan diri sebagai seorang pemimpin serta meningkatkan disiplin diri.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan disiplin diri dalam kalangan pelajar.
2. Membentuk ikatan perpaduan yang utuh di kalangan pelajar.
3. Membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri pelajar.
4. Meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan tugas dan tanggungjawab
5. Melatih para pelajar menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketrampilan.



TARIKH : 26 JUN 2010 (SABTU) - Tidak bermalam
TEMPAT : TAMAN WARISAN RIMBA, KEMENSAH. GOMBAK
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
SASARAN PESERTA : PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS & PENOLONG KELAS.
YURAN PENYERTAAN: RM60.00

SMART CAMP 2010

SELESAI SUDAH ..

Alhamdullah selesai sudah program Smart Camp 2010 di Kem Sri Raudhah, Gombak. Program ini merupakan program ke-3 yang telah dianjurkan oleh Thursina Training Center (TTC). yang disertai oleh 75 orang pelajar dari Terengganu, Johor, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur. Para peserta terdiri daripada pelajar tahun 4, 5, 6 dan pelajar menengah. Peserta telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dimana mereka perlu mencipta moto dan cheers kumpulan masing-masing. Terdapar 5 orang urusetia dan 16 orang fasilitator yang turut hadir bagi melancarkan perjalanan program.
Program ini adalah khusus kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Ianya bertujuan untuk memberi pemahaman tentang tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan kesedaran tentang betapa pentingnya pelajaran dalam kehidupan. Ianya juga bertujuan bagi membina potensi diri ke arah bijak menguruskan masa, bekerjasama, bersikap positif, yakin diri dan berupaya membuat keputusan dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Di antara pengisian program yang telah dijalankan adalah sesi ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah luar iaitu En. Mohd Helmi Md Suhaimi. Beliau merupakan seorang Perunding Profesional Talent Devolepment Consulting khusus untuk motivasi perkembangan diri. Motivasi yang telah disampaikan kepada peserta yang hadir adalah mengenai tips-tips menjawab soalan peperiksaan dengan mudah serta tips bagaimana menghadapi situasi sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. Melalui sesi ceramah ini, ianya dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai perancangan dan langkah-langkah persediaan sebelum menghadapi peperiksaan. Pelajar juga dapat mengetahui teknik-teknik berkesan bagi menjawab soalan peperiksaan mengikut kehendak soalan.
Selain itu, sesi ceramah juga turut disampaikan oleh penceramah dalaman Cik Arbaiyah dari pihak Thursina Training Center iaitu bertajuk Kenapa pilih Kejayaan. Melalui ceramah ini, pelajar dapat mengetahui definisi kejayaan yang sebenar serta bagaimana cara dan langkah-langkah terbaik untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya.
Antara aktiviti lain yang juga menarik minat peserta adalah aktiviti Indoor Game, Treasure Hunt dan Jungle Tracking dengan menyusuri belukar dan anak sungai yang mengambil masa 3 jam perjalanan. Peserta berasa seronok kerana dapat melihat pemandangan flora dan fauna ciptaan Tuhan yang begitu indah dan mereka juga turut berpeluang menikmati keindahan air terjun. Sememangnya aktiviti yang telah dijalankan sepanjang smart camp ini dapat memupuk sikap saling membantu rakan sepasukan serta mengukuhkan ciri dan nilai kepimpinan dalam diri, melahirkan seorang pemimpin masa depan yang karismatik, berketrampilan dan bertaqwa.
Di akhir program para peserta telah menyaksikan tayangan slide sepanjang aktiviti yang telah dijalankan bagi Smart Camp 2010.
Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Pengarah Thursina Training Center. Sebelum bersurai, para peserta telah menerima sijil penyertaan oleh pihak TTC.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More