CUTI PRODUKTIF 2010




PROGRAM KELUARGA ANGKAT @ HOMESTAY SG NIBONG, SEKINCHAN SABAK BERNAM

Tarikh : 4, 5 & 6 Disember 2010

Cuti Produktif pada kali ini berkonsepkan program anak angkat, berlainan dengan tahun sebelum ini. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk para pelajar dalam mempelajari hidup kemasyarakatan dan kegiatan ekonomi sesebuah kampung serta menanam sifat keberanian dan berdikari dalam diri pelajar. Seramai 70 orang peserta terdiri daripada pelajar tahun 1 - tingkatan 4 sekitar sekolah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu & Pahang. Kenapa TTC memilih kampung Sg. Nibong kerana kegiatan utama kampung ini ialah padi. Di sini para pelajar dapat mempelajari kaedah penanaman padi, menuai serta memproses padi di samping dapat melihat sawah padi yang sedang menguning kemasan. Pengisian kerohanian untuk para pelajar juga amat di tekankan dan di terapkan dalam diri peserta mengenai kebesaran Allah S.W.T


Antara aktiviti menarik ialah, Para peserta di bawa ke Lawatan ayam air-cond, Lawatan Penternakan cacing (Baja Kompas Organik), Lawatan Penternakan Burung Puyuh, Lawatan memproses jerami padi, Penternakan Lembu, Lawatan kilang karpet jerami, Kilang membuat bahulu dan melawat sawah padi yang terbentang luas. Aktiviti riadah pula membuat dan bermain layang-layang bersama keluarga angkat dan barisan fasilitator. Selain ini, para peserta di dendangkan dengan persembahan Gamelan dan nasyid pada malam kebudayaan.Tidak ketinggalan juga persembahan dari pelajar TBS iaitu persembahan angklung. mereka membawa lagu "di mana kan ku cari ganti " dan " Tanya Sama Pokok " .

Majoriti penduduk kampung Sg Nibong adalah terdiri daripada masyarakat jawa. Oleh itu, para pelajar berpeluang merasai masakan dan adat masyarakat jawa dengan nasi ambang dan majlis cukur jambul dan marhaban.

Para peserta juga berpeluang bermesra bersama keluarga angkat masing-masing. Ternyata semua peserta berasa seronok.



Seminar Keibubapaan Muslim




PERNAHKAH ANDA MENGALAMI SITUASI-SITUASI DI BAWAH INI DARI ANAK ANDA ?


>Mengeluarkan kata-kata kesat meniru program TV, atau rakan tempat jagaan atau dari sumber yang anda sendiri tidak pasti


>Terlalu kerap tidak mendengar kata-kata
>Tidak menunjukkan rasa hormat terhadap anda atau orang lain

>Mengulang-ulang kesalahan yg sama walaupun kerap kali di tegur, nasihat dan marah
>Anak yang tua bermain dengan kasar dengan adiknya
>Seorang yang sangat penakut
>Marah lalu menumbuk atau menendang anda
>Terpengaruh dengan bibik

APA RESPON ANDA ??
· Marah?
· Rotan?
· Diam serta bersabar tanpa sebarang tindakan?
· Memaki dengan menggunakan kata-kata kesat?
· Tumbuk atau tendang balas?
· Ikat di pokok?
· Kurung dalam bilik dan kunci?
· Nasihat dengan cara yang baik?

Persoalan yang harus anda tanyakan semula kepada diri anda adalah:
>Betulkah tindakan anda?
>Adakah tindakan anda berkesan atau lebih memburukkan keadaan?
>Adakah usaha anda membuahkan hasil jangka panjang atau hanya bersifat sementara?
>Adakah tindakan anda mengikut kaedah yang Allah dan Rasul ajarkan?


AWAS!!! Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan ambil mudah dengan tindakan-tindakan yang diambil kerana didikan anda semasa anak anda masih kecil mungkin memberi kesan kepada akhlak anak anda semasa remaja dan seterusnya dewasa kelak.

TAHUKAH ANDA?
“Menurut Perangkaan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000 hingga 2008 yang menunjukkan lebih daripada 257,000 sijil kelahiran bayi didaftarkan tanpa catatan nama bapa (anak luar nikah). Secara purata didapati sebanyak 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes kelahiran berlaku pada setiap 17 minit 17 saat dan statistik bagai tempoh 4 tahun (1999 hingga 2003) juga menunjukkan 44% kelahiran anak luar nikah BERKETURUNAN MELAYU BERAGAMA ISLAM” (Berita Harian, 27 November 2009)

Statistik ini adalah salah satu kes daripada banyak lagi kes-kes gejala sosial yang sedang melarat memamah anak-anak muda kita masa kini. Antara contoh-contoh kes-kes lain yang menjadi igauan ibubapa generasi millenium serta harus menjadi renungan menginsafkan kita bersama adalah seperti berikut:

· anak peringkat usia sekolah menengah berzina di rumah sendiri ketika ibubapa bekerja

· anak seawal usia darjah dua didapati membawa rokok dan vcd lucah dalam beg sekolah

· anak muda mati seawal usia 20an kesan dari penyalahgunaan dadah

· anak muda mati dalam keadaan mengerikan kerana terlibat dalam kemalangan dalam perlumbaan haram

· anak-anak muda terpengaruh dengan budaya gay dan lesbian semakin menjadi-jadi dan terang-terangan


SELAMATKAH ANAK-ANAK KITA DARI TERJEBAK DENGAN KEGAWATAN TINGKAHLAKU SEPERTI INI?

Pelbagai tindakan telah dilaksanakan, pelbagai lagi idea-idea penyelesaian telah muncul. Namun pencemaran budaya ini semakin marak seakan tidak akan kunjung padam. Pelbagai pihak saling tunding-menunding. Salah siapa sebenarnya terjadinya kehancuran akhlak di kalangan anak-anak muda ini?

Bagi kami di Thursina Training centre (TTC) meyakini bahawa setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Setiap tindakan baik yang telah dilaksanakan mahupun yang dalam perancangan pasti ada kelebihan dan kekurangan, namun saling melengkapi antara satu sama lain. TTC menyimpulkan bahawa walau apa tindakan yang dibuat dapat dirumuskan jalan penyelesaiannya yang utama adalah dengan pendidikan, pendidikan yang sistematik di atas nama sebuah institusi.

KETAHUILAH!! bahawa Institusi pendidikan yang paling utama dan pertama bagi manusia adalah Institusi keluarga. Ini sesuai dengan hujah-hujah berikut :

“Setiap anak dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih), ibubapanya yang mencorakkan sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (riwayat Bukhari dan Muslim)


"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".(Hadis Nabi)

Dari dua hadis berikut dapat disimpulkan bahawa ANAK ADALAH AMANAH ALLAH KEPADA KITA. Bermakna kita sebagai ibubapa perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak-anak kita, bukan bibik, bukan guru-guru di sekolah ataupun orang lain.

” Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa ilmu, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan” (Al Isra’: 36)

”Didiklah anak-anak kamu dengan kaedah pendidikan yang berbeza dengan kaedah pendidikan yang kamu terima (dari ibubapa kamu), kerana sesungguhnya mereka diciptakan untuk (hidup pada) suatu zaman yang berbeza dengan kamu” Saidina Umar

Oleh itu, Mari bersama sertai kami menjayakan majlis ilmu Seminar Keibubapaan Muslim bertemakan ” Membentuk Keluarga Sakinah Mawaddah wa Rohmah” bertempat di Dewan Kuliah 1, Masjid Uniten tanggal 22 Zulhijjah 1431 bersamaan 28 November 2010. InsyaAllah.

Agenda program
8.30 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : Iftitah/Pembukaan

9.30 pagi : Slot 1 - “Zuriat Kita di Ambang kebinasaan; Pandangan dan penyelesaiannya mengikut Al-Quran dan Sunnah"

11.00 pagi : Minum Pagi
11.15 pagi : Slot 2 - “Kaedah mendidik anak yang praktikal dan berkesan menurut perspektif Islam”

12.45 pagi : Iftitam/Penutup, Penyampaian Sijil Penyertaan

1.15 tghari : Solat Zohor

1.30 tghari : Makan Tengahari

2.00 ptg : Bersurai

Penceramah slot 1 : Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, UPNM)


Penceramah slot 2 : Dr Mek Wok Mahmud (Pensyarah UIA, Best parenting lecturer 2006)


YURAN
RM50 seorang peserta
RM80 peserta suami isteri

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi atau sms di 0132357709 atau 0122122049.
Atau emelkan kepada thursinatc@yahoo.com

Cara-cara bayaran :

1. Bank in yuran penyertaan atas nama

Pusat Tuisyen TBS Riang Ria,
Bank CIMB, Nombor akaun 12590000707055

ATAU

2. Bayar secara online banking atas akaun yang sama

Setelah bayaran dibuat, sila sms nama penuh peserta, no telefon untuk dihubungi, tarikh, masa serta jumlah pembayaran di nombor 0132357709 atau 0122122049 atau emel kepada thursinatc@yahoo.com

Bagaimana program ini boleh membantu anda menjadi ibubapa yang lebih baik buat anak-anak anda?

>Mengenalpasti ancaman-ancaman pengaruh negatif millenium dan kaedah menanganinya menurut pandangan Islam
>Memaklumi sumber dan punca kenapa anak-anak melayu masa kini mudah dipengaruhi unsur-unsur negatif
>Mengetahui kaedah tarbiah anak yang holistik, efektif, mudah dan praktikal
>Memahami teknik mendidik anak mengikut peringkat usia bemula seawal saat mengandungkan anak sehingga dewasa
>Memahami tip-tip mendekati dan mendidik yang pelbagai berdasarkan personiliti anak

Siapa yang perlu hadiri seminar ini?

>Ibubapa muda yang sangat prihatin terhadap masa depan diri, anak serta keluarga
>Ahli-ahli akademik
>Pelajar-pelajar
>Bakal-bakal suami isteri atau ibubapa
>Semua muslimin dan muslimat yang berminat

Untuk Renungan kita bersama

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Kami di TTC ingin mengajak saudara-saudara bersama-sama menjadi sebahagian dari ibu-bapa atau masyarakat yang prihatin dan ingin bersama-sama melakukan usaha koreksi terhadap kemelut semasa yang berlaku kepada generasi muda kita

Kebersamaan tuan-tuan dan puan-puan menjayakan seminar ini merupakan suatu pelaburan terhadap pembangunan diri dan keluarga demi masa depan. Pelaburan yang ramai dari kita tidak perasaan dan endahkan. Mari kita bersama-sama bergandingan mencetak generasi soleh dan solehah yang kelak akan menjamin keselamatan kita baik di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

Semoga usaha kita bersama ini, mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah. Amin...

Ayuh Rebut Peluang ini!!
· Jangan tunggu sehingga penyumbang statistik keruntuhan moral adalah anak anda sendiri.
· Elakkan sehingga sudah terhantuk baru nak terngadah, sampai saat terkena pada diri kita baru kita sedar dan mahu mengambil tindakan.
· Mencegah lebih baik dari mengubati.
· Usah bertangguh lagi.
· Hubungi kami sekarang.
· Daftar sekarang kerana Tempat adalah terhad.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi atau sms di 0132357709 atau 012-2122049.
Atau emelkan kepada thursinatc@yahoo.com


* Bagi tujuan kelancaran, pihak kami memohon kerjasama dari semua peserta program untuk tidak membawa bersama anak-anak ketika menghadiri seminar ini. Sebarang kesulitan yang dihadapi, kami memohon maaf dan kami doakan supaya Allah permudahkan segalanya

Tolong sebar dan kongsikan iklan ini kepada rakan-rakan anda kerana Allah, semoga usaha kita dalam melaksanakan kebaikan sentiasa mendapat keredhaanNya..InsyaAllah

SMART IBADAH 2010

Program ini disusun bagi memantapkan lagi asas-asas kerohanian yang lebih kepada penghayatan hati dan pembentukan sahsiah diri, di mana ianya dapat melahirkan keinsafan dan kesedaran, penyubur kasih sayang, hormat kepada ibu bapa, guru dan orang lain, serta taat. Para peserta akan didedahkan dengan konsep perhambaan kepada Yang Maha Esa.

OBJEKTIF

1. Melahirkan insan yang beriman, berilmu dan bertaqwa.
2. Melatih peserta mendisiplinkan diri.
3. Menyedarkan para peserta konsep manusia sebagai hamba.



" MEMBENTUK ANAK SOLEH MELALUI TARBIAH RAMADHAN"


Berikut adalah perjalan program Smart Ibadah 2010 :-

Tempat : Masjid As-Salihin, Teras Jernang.
Tarikh : 31 Julai 2010 & 1 Ogos 2010
Sasaran Peserta : Pelajar tahun 4 hingga Menengah.
Yuran Penyertaan : RM70.00

Tentatif Program

Hari Pertama : Sabtu, 31 Julai 2010


7.30 Pagi : Bertolak ke Masjid As-Salihin, Teras Jernang
8.00 Pagi-9.00 Pagi : Pendaftaran/ Taklimat
9.00 Pagi-9.30Pagi : Minum Pagi
9.30 Pagi -11.00 Pagi : Solat Dhuha - Ceramah - " Wasiat Lukman Al-Hakim"
11.00 Pagi - 12.30 Tgh Hari : LDK 1
12.30 Tgh Hari - 1.00 Ptg : Makan Tengah Hari
1.00 Ptg - 2.00 Ptg : Solat Zohor - ( Solat Sunat Qobliah/Ba' diah/Tadarus/Tazkirah)
2.00 Ptg - 4.00 Ptg : Aktiviti Kemasyarakatan Rumah Anak Yatim Nur Izzah
4.00 Ptg - 5.00 Ptg : Solat Asar - ( Solat Sunat Qobliah/Tadarus/Tazkirah)
5.00 Ptg - 6.00 Ptg : Rasional Aktiviti Kemasyarakatan
6.00 Ptg - 7.00 Ptg : Persiapan Diri/ Makan Malam
7.00 Ptg - 7.30 Ptg : Solat Maghrib/ Tadarus Al-Quran/Solat Sunat
7.30 Ptg - 9.00 Mlm : Kuliah Maghrib/Solat Isyak
9.00 Mlm- 10.30 Mlm : LDK 2
10.30 Mlm - 11.00 Mlm : Minum Malam
11.00 Mlm : Tidur (Ambil Wuduk)

Hari Kedua : Ahad, 1 Ogos 2010

4.15 Pagi - 5.00 Pagi : Bangun/Persiapan Diri
5.00 Pagi-5.45 Pagi : Qiamulail - (Solat Thajud, Solat Taubat, Zikir Munajat, Bacaan Al-Quran)
5.45 Pagi - 7.00 Pagi : Solat Subuh/Kulian Subuh
7.00 Pagi - 7.30 Pagi : Sarapan
7.30 Pagi - 9.00 Pagi : Senamrobik/Gotong-royong kawasan masjid
9.00 Pagi -11.00 Pgi : Rehlah Ilmiah ke UniKL MFI
11.00 Pagi - 11.30 Pagi : Minum Pagi
11.30 Pagi - 12.30 Tgh Hari : Majlis Penutup - Tausiyah dan Iftitam
12.30 Tengah Hari : Bersurai


Hubungi En Azli 017-2571512 untuk keterangan lanjut.

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2010

Setiap manusia merupakan pemimpin samada pemimpin negara, keluarga atau diri sendiri. Seorang pemimpin memerlukan keyakinan diri untuk lebih berdedikasi dan berketarmpilan. Mereka sememangnya memerlukan bimbingan dan panduan daripada pihak guru untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka agar terus berjaya. Oleh itu THURSINA TRAINING CENTRE menganjurkan Kursus kepimpinan bertujuan untuk membentuk keperibadian yang tinggi pelajar, membina keyakinan diri sebagai seorang pemimpin serta meningkatkan disiplin diri.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan disiplin diri dalam kalangan pelajar.
2. Membentuk ikatan perpaduan yang utuh di kalangan pelajar.
3. Membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri pelajar.
4. Meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan tugas dan tanggungjawab
5. Melatih para pelajar menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketrampilan.



TARIKH : 26 JUN 2010 (SABTU) - Tidak bermalam
TEMPAT : TAMAN WARISAN RIMBA, KEMENSAH. GOMBAK
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
SASARAN PESERTA : PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS & PENOLONG KELAS.
YURAN PENYERTAAN: RM60.00

SMART CAMP 2010

SELESAI SUDAH ..

Alhamdullah selesai sudah program Smart Camp 2010 di Kem Sri Raudhah, Gombak. Program ini merupakan program ke-3 yang telah dianjurkan oleh Thursina Training Center (TTC). yang disertai oleh 75 orang pelajar dari Terengganu, Johor, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur. Para peserta terdiri daripada pelajar tahun 4, 5, 6 dan pelajar menengah. Peserta telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dimana mereka perlu mencipta moto dan cheers kumpulan masing-masing. Terdapar 5 orang urusetia dan 16 orang fasilitator yang turut hadir bagi melancarkan perjalanan program.
Program ini adalah khusus kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Ianya bertujuan untuk memberi pemahaman tentang tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan kesedaran tentang betapa pentingnya pelajaran dalam kehidupan. Ianya juga bertujuan bagi membina potensi diri ke arah bijak menguruskan masa, bekerjasama, bersikap positif, yakin diri dan berupaya membuat keputusan dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Di antara pengisian program yang telah dijalankan adalah sesi ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah luar iaitu En. Mohd Helmi Md Suhaimi. Beliau merupakan seorang Perunding Profesional Talent Devolepment Consulting khusus untuk motivasi perkembangan diri. Motivasi yang telah disampaikan kepada peserta yang hadir adalah mengenai tips-tips menjawab soalan peperiksaan dengan mudah serta tips bagaimana menghadapi situasi sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. Melalui sesi ceramah ini, ianya dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai perancangan dan langkah-langkah persediaan sebelum menghadapi peperiksaan. Pelajar juga dapat mengetahui teknik-teknik berkesan bagi menjawab soalan peperiksaan mengikut kehendak soalan.
Selain itu, sesi ceramah juga turut disampaikan oleh penceramah dalaman Cik Arbaiyah dari pihak Thursina Training Center iaitu bertajuk Kenapa pilih Kejayaan. Melalui ceramah ini, pelajar dapat mengetahui definisi kejayaan yang sebenar serta bagaimana cara dan langkah-langkah terbaik untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya.
Antara aktiviti lain yang juga menarik minat peserta adalah aktiviti Indoor Game, Treasure Hunt dan Jungle Tracking dengan menyusuri belukar dan anak sungai yang mengambil masa 3 jam perjalanan. Peserta berasa seronok kerana dapat melihat pemandangan flora dan fauna ciptaan Tuhan yang begitu indah dan mereka juga turut berpeluang menikmati keindahan air terjun. Sememangnya aktiviti yang telah dijalankan sepanjang smart camp ini dapat memupuk sikap saling membantu rakan sepasukan serta mengukuhkan ciri dan nilai kepimpinan dalam diri, melahirkan seorang pemimpin masa depan yang karismatik, berketrampilan dan bertaqwa.
Di akhir program para peserta telah menyaksikan tayangan slide sepanjang aktiviti yang telah dijalankan bagi Smart Camp 2010.
Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Pengarah Thursina Training Center. Sebelum bersurai, para peserta telah menerima sijil penyertaan oleh pihak TTC.

PROFIL PENCERAMAH JEMPUTAN


PROFIL PROFESIONAL

LATAR BELAKANG HELMI SUHAIMI

Helmi Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Helmi Md Suhaimi merupakan seorang Perunding Profesional Talent Development Consulting khusus untuk motivasi pembangunan diri dan motivasi. Pemfokusan beliau adalah kepada individu (kanak-kanak, remaja, belia, korporat), kumpulan dan juga organisasi seluruh Malaysia sejak tahun 2001 sehingga kini.

Berpengalaman luas memberikan ceramah dan latihan kepada pelbagai kelompok masyarakat berbilang kaum dan peringkat umur terdiri daripada pelbagai agensi dan kementerian.

Berikut adalah pencapaian beliau:
•Salah seorang Perunding Motivasi serta Project Manager untuk Talent Development Consulting yang mana terlibat secara tidak langsung pembangunan bakat untuk seluruh rakyat Malaysia.
•Pengendali School of Talent Learning Center

•Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi pengkhususan dalam Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysi a (UIAM). Kemudian menyambung Sarjana (Master) di universiti yang sama.

•Mempunyai pengalaman luas dalam menjadi Master of Ceremony (MC) untuk majlis-majlis
•Penerima Anugerah Pelajar Mithali Negeri Johor tahun 2000

•Pengarah Urusan syarikat Unite Event Management
•Personaliti Radio SALAM FM (Slot Motivasi Pagi) tahun 2010
•Tetamu undangan rancangan MOTIVASI PAGI TV3 2010

•Tetamu undangan rancangan FITRAH KASIH TV1 14 Januari 2010

PENGUMUMAN PROGRAM SMART CAMP 2010

PROGRAM SMART CAMP 2010
anjuran
Thursina Training Centre
Assalamualaikum.....
Terlebih dahulu Thursina Training Centre mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat blog kami kerana sudi melayari blog kami. Semoga pembaca blog ini sejahtera sentiasa.
Pada cuti sekolah pada bulan Jun ini, kami akan mengadakan Program SMART CAMP 2010. Program ini bertujuan memantapkan jiwa anak-anak untuk menghadapi peperiksaan.
Pengisian program:-
- Tips menghadapi peperiksaan
- Tips menjawab soalan peperiksaan.
- Panduan mengulangkaji dengan berkesan.
Di sinilah permulaan kita bersama-sama membentuk anak-anak kita untuk berjaya.
Bersama penceramah jemputan EN HELMI SUHAIMI pakar motivasi.
Tempat : KEM SRI RAUDAH GOMBAK
Tarikh : 5 & 6 Jun 2010
Peserta : Pelajar tahun 4,5,6 & Menengah
"JANGAN LEPASKAN PELUANG INI"


Tarikh tutup penyertaan 31.Mei.2010.
"Jangan biarkan anak anda dibelenggu kemurungan"

TEAM BUILDING " TAARUF UKHWAH"

Selesai sudah .........

SENAMROBIK

seronoknya...


FLYING FOX

Seronok ...







AKTIVITI RAKIT

best ...



AKTIVITI LDK

best ...




PENGUMUMAN : TEAM BUILDING 2010

OBJEKTIF PROGRAM :
1. Memupuk dan mengukuh nilai-nilai kerjasama di kalangan peserta.
2. Mendorong kepada sifat tolong-menolong dan
menanam nilai-nilai kebersamaan.
3. Menguji ketahanan mental dan fizikal.
4. Melatih dan mengukuhkan sifat kepemimpinan
dan pengurusan organisasi.
5. mengeratkan ukhwah silaturahim sesama peserta.

Tarikh : 13, 14 & 15 Februari 2010 (3 Hari 2 Malam)
Tempat : Dusun Eco Resort, Bentong Pahang
Yuran Penyertaan : RM130.00 seorang
Peserta : 18 Tahun ke atas

Antara aktiviti menarik ialah Wall Climbing,
Rentas Halangan, sukan air (Rakit) & Flying fox

Daftarlah Sekarang.. penyertaan adalah terhad.

Untuk keterangan lanjut , hubungi :-

Ema : 017 - 363 8959 @ Fadli : 017 - 257 1512


BORANG PENYERTAAN


Aktiviti : Team Building 2010
Tarikh : 13, 14 & 15 Februari 2010 (3 Hari 2 Malam)
Tempat : Dusun Eco Resort, Bentong Pahang
Yuran Penyertaan : RM130.00

Nama Penuh :__________________________________________________
No. K/P: _____________________________
Umur: _______
Alamat Surat Menyurat :
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
No. Telefon (Rum): _____________________ (H/P) : _________________________ Email : _______________________
Keadaan Kesihatan : __________________________
Waris yang boleh di hubungi sekiranya berlaku kecemasan :
Nama : ______________________________ Hubungan : ______________________ No. Telefon : _________________

PENGAKUAN PEMOHON

Saya mengaku bahawa butiran di atas adalah benar, dan saya akan mematuhi segala peraturan yang telah di tetapkan. Pihak pengurusan Thursina Training Centre berhak membatalkan penyertaan / pendaftaran saya serta merta sekiranya butiran di atas adalah tidak benar dan palsu. Saya faham bahawa segala aspek keselamatan saya sepanjang aktiviti adalah di bawah pengawasan pihak penganjur, walaubagaimanapun jika sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku atas kecuaian saya sendiri, saya tidak akan mendakwa pihak penganjur. Saya juga mengaku bahawa keselamatan harta benda milik saya adalah tanggungjawab saya sendiri.


Tarikh : ____________________ Tandatangan : _________________
CARA MENDAFTAR :
1) Isikan borang penyertaan di atas dengan lengkap.
2) Kemudian, fax atau emailkan kepada pejabat pengurusan Thursina Training Centre
Telefax : 03 - 894 14509 / Email : ema_thursina@yahoo.com/fadli_thursina@yahoo.com
3) Sila maklumkan kepada pihak Thursina Training Centre selepas anda menghantar borang penyertaan untuk mengelakkan berlaku kesulitan.
4) Sila bawa borang asal semasa hari pendaftaran.
CARA PEMBAYARAN :
1) Yuran penyertaan mestilah di jelaskan 50% 2 minggu sebelum program berlangsung dan baki yuran hendaklah di jelaskan pada hari pendaftaran.
3) Bank in kan di RHB Akaun :
2) Sila bawa bank in slip pada hari pendaftaran untuk bukti pembayaran dan Resit asal akan di keluarkan semasa hari pendaftaran.

YANG PERTAMA ..

SYABAS & TAHNIAH..!!!
KEPADA SEMUA PESERTA CUTI PRODUKTIF 2009


Program ini telah berjalan selama 2 hari 1 malam di Kem Perah, FRIM Kepong. Seramai 37 orang pelajar daripada Pusat Tuisyen Taman Bimbingan Siswa, Serdang, telah menyertai Cuti Produktif 2009. walaupun ada yang keletihan, akan tetapi ianya amat cukup bermakna bagi setiap peserta Cuti Produktif 2009.
Antara aktiviti menarik ialah, LDK, Malam Kebudayaan, Sukaneka, Canopy Walkway dan lain-lain. Semangat berpasukan dan setiakawan yang di sematkan dalam diri setiap peserta telah di tonjolkan oleh mereka dalam aktiviti yang telah di jalankan sepanjang program.

Sekali lagi pihak Thursina Training Centre mengucapkan syabas & tahniah kepada semua peserta cuti produktif 2009.

" SEMUA ADALAH YANG PERTAMA "

KREATIF ...






Hiasan dewan yang simple tetapi sangat menarik.
Hasil tangan Cik Hayatun dan team AJK persiapan tempat.

LDK

LDK

Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Adalah persediaan kepada para peserta bagi malam kebudayaan. Para peserta di kehendaki mempersembahkan suatu persembahan yang bertemakan perpaduan. Sifat keberanian telah di buktikan oleh para peserta pada malam kebudayaan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More